Friday, March 16, 2012

CABARAN 90 HARI IDEAL!!

assalamualaikum u alls#peace#!

its about time untuk aku mulakan projek nie personally untuk diri aku.
Ok, untuk pengetahuan korang sebenarnya projek nie tujuannya adalah untuk menurunkan berat badan aku ke tahap yang sihat....:p + aku pun want to look good too..bukn bg hensem o kacak o ape pun......just bg my tummy flat cket...hehehe..(kacak hensem pun xkmane,tua kedut jgak)...malu?yup malu dengan diri sendiri....korang sape untuk aku malu?yes i'm fat n obes..lantak lah...:p
My projek akan bermula pada hari isnin(19hb3) n i still planning my exercise schedule  n dlm my schedule nie i masukkan treadmill exercise,mountain biking,dumbel exercise n etc.
Aku punya plan 4 hari training,3 hari senaman ringan( seperti yang di beritahu/maklum oleh trainer)...i also need to lawan all the keinginan unntuk mkn...mkn boleh but kuantiti mesti dikurangkan...rite!?
So, thats all...n wish me good luck....aku akan update kan perkembangan daily aku bila projek bermula.....sekian #peace#!

Tuesday, January 24, 2012

SBPA



salam n happy CNY kepada semua yang menyambut cny pada tahun 2012..
Alhamdulillah pada awal2 tahun 2012 nie rezeki datang menapak..diharapkan sepanjang tahun 2012 nie akan berterusan kebaikan dan rezeki untuk  ku..terutama dalam soal kerja yang semakin mencbar tambah2 sejak SBPA dilancarkan oleh kerajaan pada tahun ini ( walau msih tertngguh perlaksanaan) mata dikayangan tetap jugk memerhati dengan ketat segala perjalanan kerja..kenala bekerja dgn lbh lagi lepas nie..emm mcm puan pengetua ckp kerja mestila kerana Allah..ikhlas..huhu...insyaAllah...amin

Monday, December 26, 2011

Di Bius Cinta PART II


Petikan dari Buku AKU TERIMA NIKAHNYA



Bagi pasangan yang berumah tangga setahun dua yang pertama biasanya indah dan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Isteri pula mula tertekan dengan sikap sebenar suaminya.
Apa yang berlaku, mungkin pada awalnya perkahwinan sikap romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. 
ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri fokus pada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak yang kedua fokus itu perlu diubah lagi.

Tidak perlu gusar, kerana itu adalah lumrah hidup berkeluarga. Berbanding hubungan pasangan yang belum "rasmi" pertalian antara suami dan isteri masih selamat. Kerana hubungan itu berada dalam perkahwinan bukan di luar.

Hubungan di luar lingkung perkahwinan diantara pasangan yang terbentuk  di sekolah menengah atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun mereka masih belum berumah tangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja... betul kan?

Tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Komitmen atas angin yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan sering berakhir oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Petikan ini pula membuat aku terfikir....

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara
1. kerana hartanya
2. kerana keturunanya
3. kerana kecantikannya
4. kerana agamanya
maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahteralah hidup

aku lebih berminat untuk mengulas untuk perkara yg ke-3 dan ke-4

KECANTIKAN

Orang kata dari mata turun ke hati. Maka penilai yang pertama adalah mata...
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan.
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang seleapas cantik dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukanlah matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.



AGAMA

3 golongan dalam beragama iaitu:

1. Golongan TAHU
2. Golongan MAHU
3. Golongan MAMPU

TAHU 

- Sejauh mana gred A yang digarap dalam subjek Pendidikan Islam menjadi bekal dan perisai dalam kebahagaian sesebuah perkahwinan.

MAHU
- Yamg memiliki agama itu lebih luas daripada sekadar tahu agama. dan mahu jadikan agama itu sebagai sumber peghayatan

MAMPU
- Sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.




Sekian kalian,


fikir-fikirkan lah apa yang terbaik untuk diri kalian dalam memutuskan sesuatu hal berkenaan sesuatu-ace@