Sunday, August 7, 2011

REMAJA MAUT DIBAHAM BERUANG



KEPULAUAN SVALBARD, Norway - Seorang remaja lelaki, Horatio Chappleon, 17, mati dibaham beruang kutub ketika dia tidur di khemahnya di sebuah glasier di sini, dekat Norway, lapor sebuah akhbar semalam.
Beruang berbulu putih dan bertaring panjang itu menyerang sekumpulan peserta kembara Britain pada Khamis lalu dan turut mencederakan empat yang lain.
Seorang saksi, Terry Flinders berkata, semasa kejadian anak lelakinya, Patrick, 16, sedang berbaring di khemahnya apabila beruang lapar itu menyerbu masuk dan menggigit kepala Horatio yang tidur di sebelahnya lalu membunuh mangsa.

Horatio Chappleon


"Ia kemudian menerkam Patrick. Anak saya menumbuk hidung beruang kutub itu untuk menyelamatkan diri. Dia sempat berlari ke keluar khemah tetapi mengalami kecederaan di kepala dan tangan akibat dicakar," kata Terry.
Tiga lagi mangsa serangan beruang lapar itu berada dalam keadaan kritikal dan dirawat di sebuah hospital berdekatan.
Binatang buas itu akhirnya ditembak mati oleh anggota kumpulan pelancong berkenaan.
Mereka kemudian menghubungi pihak berkuasa yang tiba di lokasi dengan menaiki sebuah helikopter tidak lama kemudian.
Beberapa hari sebelum kejadian, seorang peserta kembara itu memberitahu, mereka termasuk Horatio berasa gembira apabila ternampak seekor beruang kutub tidak jauh dari tapak perkhemahan mereka.
MUJUR DI MALAYSIA  SEMUA BERUANG DISIMPAN BAIK DALAM ZOO...FUHH!!

Saturday, August 6, 2011

ULASAN BUKU:BIOGRAFI OSAMA LADEN



Beberapa minggu lepas aku sempat membeli beberapa buah buku dari jualan buku di sekolah. Diantaranya adalah "BIOGRAFI OSAMA LADEN".
   
 Antara kandungan buku ini adalah perihal kehidupan osama yanag digelar sebagai pewaris kepimpinan Amirul Mukminin Sayidina Omar al-Khattab, Omar Abdul Aziz, Salehuddin al-Ayubi dan Muhammad al-Fateh...Beiau berjihad bagaikan "singa pada siang hari" dan beribadah serta sujud kepada Allah SWT bagaikan " rahib pada malam hari."

Perkara yang menarik perhatian akau adalah dalam buku ini juga turut menerangkan berkenaan ciri-ciri era pemerintahan Taliban selama 5 tahun ( 1996-2001).Melalui pemerintahanTaliban telah mengetengahkan dan melaksanakan pengharaman beberapa perkara yang dilarang keras antaranya:

a) penjualan arak
b) meminum arak dikhalayak ramai
c) meninggalkan solat
d) bergaul bebas antara lelaki dan perempuan
e) wanita keluar rumah tanpa memakai jilbab
f) berjudi
g) menyabung binatang dengan pertaruhan wang,mengunjungi dan mengendalikan pusat-pusat hiburan.

Perkara-perkara yang tidak mendatangkan manfaat turrut diharamkan mengikut pentafsiran dan penilaian Taliban seperti:
a) menonton televisyen
b) mendengar muzik
c) majlis hiburan
d) melukis
e) mengukir patung
f) mengambil foto benda-benda hidup
g) mencukur janggut atau memotongnya lebih pendek daripada segenggam tangan
h) menyimpan fesyen rambut ala barat.

contoh pemakaian lelaki




Pihak pemerintah Taliban turut membela kedudukan kaum wanita dalam sistem sosial mereka. Kerna sebelum hadiurnya Taliban ke tanah Afghanistan kaum wanita telah diperlakukan seperti golongan hamba, dirogol,diculik,kelahiran bayi-bayi luar nikah dan lebih teruk anak2 kecil juga diliwat...MASYAALLAH!

Bagi Taliban kaum wanita adalah ibarat bunga yang indah serta tidak boleh dicium oleh semua orang. Dan hanya orang yang memiliki bunga itu sahaj yang boleh mencium bunga itu. Tugas wanita adalah sebagai peniup semangat suami untuk berjuang ke jalan ALLAH SWT. Di samping itu wanita membimbing anak-anak untuk menjadi anak-anak yang soleh.

Kaum Wanita Afghan memakai Burqa



Hukum menutup aurat adalah antara wanita di dunia yang mengamalakan pakaian menutup aurat secara menyeluruh mengikut ajaran Islam pada masa pemerintahan Taliban.Mereka memakai pakaina yang dipanggil sebagai Burqa apabila kelur dari rumah. Malah pkaian ini merupakan sejenis pakaian yang menutup seluruh tubuh wanita itu sekaligus melindungi dari menjadi penarik perhatian kaum lelaki.

Dalam buku ini juga ada menyatakan sabda Rasullah SAW iaitu bermaksud:  " Ada empat golongan wanita di dalam neraka iaitu:

1. Wanita yang lancang lidahnya mencerca suaminya apabila suaminya tiada disisinya ataupun suaminya yang tidak memenuhi keperluannya. Sekiranya suaminya hadir maka disakiti suaminya dengan lidahnya.

2. Wanita yang menyusahkan suaminya dengan perkara yang tidak mampu atau tidak upaya untuk disediakan oleh suaminya.

3. Wanita yang tidak menutup dirinya daripada lelaki dan keluar dari rumahnya dengan bersolek iaitu dengan melawa-lawa dan memakai pakaian yang paling dimeh=gahinya.

4. Wanita yang hanya menumpukan perhatian kepada makan,minum dan tidur sahaja dan tiada gemar kepada sembahyang,suruhan Allah dan Rasul dan berkhidmat untuk suaminya.

Dan disebut lagi dalam hadis Rasullah SAW yang bermaksud:

" Antara kaum wanita yang diazab di dalam neraka berbagai-bagai rupa azab ialah perempuan yang digantung dengan rambutnya dan mengelegak otaknya. Ada pun perempuan yang digantung dengan rambut itu ialah kerana ddahulunya ia tidak menutup rambutnya daripada pandangan lelaki ajnabi."

PESANANKU: RENUNG2 KAN LAH...BERSEDIAKAH KAMU SEMUA MENGHADAPI KEADAAN SEPERTI MEREKA....SEDANGKAN DALAM KEADAAN SEKARANG SERBA LONGGAR PERATURANNYA SUKAR UNTUK KITA IKUTI...INIKAN PULA SEKETAT MEREKA...
MAAF BAGI YANG TERASA....GUNAKANLAH LOJIK AKAL UNTUK MEMPERTIMBANGKAN SESUATU....BUKANNYA LOJIK HATI YANG BELUM TAHU BERSIH ITU....



Friday, August 5, 2011

AKU SEORANG GURU


I
"MA, Piyan dapat mengajar kat Pahang la, alhamdulillah syukurnya." Aku memandang Mama seperti tidak percaya...senyuman terukir diwajah separuh abad itu...aku tersenyum hampir menangis. Akhirnya debaran yang selama ini aku rasa sudah berhenti.Tenang.Dalam dua minggu lagi bermulalah perjalanan hidup aku sebagai orang yang berkerjaya sebagai cikgu.Yer aku seorang Cikgu.




          Masa di U dulu, aku belajar dalam kos Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) di sebuah universiti di selatan tanah air. Dalam kelas itu,hanya aku seorang pelajar lelaki (mahasiswa)...33 orang pelajar perempuan (mahasiswi). Can u believe that?! dan selama 4 tahun macam itulah keadaannya. Sehinggakan aku pernah "bet" dengan seorang kawan aku semasa mula2 daftar dulu, dia cakap " Kalau kau mampu habiskan degree nie,dan kau xjadi sotong aku akan belanja kau makan sebulan." Bulat mata aku sekejap sebab tidak pernah sekali pun terfikir nak jadi sotong...euwww...hahaha...
Sepanjang hendak habiskan degree untuk bergelar sebagai seorang cikgu, macam-macam dugaan berlaku ada tangis gembira,ada tangis sedih,penat,malas, ada juga perasaan kosong kekadang...hahaha...
Akhirnya, pada bulan 6 2009 aku berjaya juga memegang segulung ijazah....selepas aku bayar hutang tertunggak sebab hilangkan buku yang aku pinjam di library...hehe (buku spectroscopy)...



II
3 bulan selepas grade,keputusan untuk tempat mengajar pun keluar dan pemohon boleh tahu keputusan melalui panggilan telefon....
Selepas tahu tempat untuk aku posting dan setelah menerima surat penempatan beberapa hari selepas itu, aku bersama papa dan mama bersama adik perempuan dan seorang pemandu (sebab xkenal jalan) bertolak ke Pahang awal-awal pagi..
     Hari pendaftaran penerimaan penempatan tue,aku berpakaian kemas lah...tie,kasut hitam kemaja....rimas sebab mana pernah pakai macm itu lainlah kalau pelajar di UPSI sebab mereka memang diwajibkan berpakaian seperti itu setiap hari...aku mana pernah di U dulu...
Majlis tamat pukul 12.30 t/hari...dan daerah yang aku kena mengajar adalah M*****. Getus hati aku " alamak mana pulak tempat tu,xpernah dengar pun." Mama dah risau..aku lagilah tempat tinggal aku untuk bertahun2 kot. Macam-macam ada dalam kepala mungkin tempat tue kna naik bot,xda elektrik,pedalaman...driver cakap dah nak samapai dah tapi sekeliling aku tengok perkampungan cina sahaja...alamak!tempat macam nie ke aku nak tinggal...habislah....tiba-tiba aku nampak sign board bertulis M*****. Suasana tiba-tiba berubah....ada bangunan besar-besar berbeza dengan perkampungan yang aku nampak tadi...dan aku ada nampak ada 7-Eleven...wah aku duduk dalam bandar utama la....lega hati...fuhh..hehehe

p/s sambungan nanti pulak kalau ramai yang minat nak tahu.....
salam
comment and leave ur link ok...:)

Sepetang bersama Wayne Rooney....?tengoklah.....kelakar


Sekumpulan penyokong "hard-core" England yang telah menjelajah jauh semata2 untuk berjumpa dengan idola mereka iaitu Wayne Rooney.....
Bila sampai mereka nk menguji kehebatan sepakan Si Rooney.....maka ada lah beberapa ujian untuk Rooney yang telah mereka sediakan.....


Ikuti video ini,






haha....betul ke sepakan dia tepat macam dalam video....
p/s wish malaysia pun ade player yang berkualiti mcm WAYNE ROONEY....


Wednesday, August 3, 2011

PELARIAN SYURGA








CHAPTER 1
AKU BERJALAN,
KEKADANG KEKIRI,KEKADANG KE KANAN,
SESEKALI KU TOLEH KEBELAKANG,
KU TATAP KU PERHATI..KOSONG, HANYA KESAN KAKIKU YANG ADA 
SESEKALI BAYU GURUN SAHARA MENJENGAH...
SESEKALI ITU JUGA JEJAK KU HILANG DIKATUP PASIRAN HALUS
SESEKALI JUGA BADAN KU DISAPU TERBANG DIBAWA ANGIN...
KETIKA KEMUDIAN...AKU KEMBALI SEMULA DITEMPAT AKU BERDIRI 
BAGAI LALANG DITIUP ANGIN
DITIUP KEKIRI,LENTUR KEKIRI
DITIUP KEKANAN,LENTUR KEKANAN...
UDARA SEKITAR MENUSUK HIDUNG KU...SESAK
SESEKALI AKU BERTANYA
"DIMANA AKU"
"KENAPA AKU BEGINI"
"DIMANA SEMUA PERGI"
"KENAPA AKU SENDIRI"
TAPI,TIADA JAWAPAN PASTI...KU BIARKAN TIDAK TERJAWAB
SEHELAI KAIN LUSUH YANG MENYELUBUNGI BADAN KEDING KU,KUPEGANG ERAT....
MALU LAH AKU NANTI KALAU BIDADARI SYURGA MELIHAT AKU B***L...
TAPI BILA SAAT ITU AKAN DATANG...
OWH BIDADARI...
KU MENGELAMUN~~~~

CHAPTER 2
'WAHAI ANAK MUDA,BANGUN,IKUT AKU....
AKU CAPAI TANGAN SI TUA ITU...SEJUK TAPI PEJAL BAK ORANG MUDA...
BADAN AKU MELAYANG2 SEPERTI LELAYANG DITIUP ANGIN....
'SIAPA GERANGAN SI TUA INI....AH!LANTAKLAH...SERONOK JUGA MELUNCUR LAJU 
DAH SEPANJANG HARI AKU BERJALAN...BENGKAK TAPAK KAKI KU
SETERIK MENTARI MENCANAK DIATAS KEPALA SEPANJANG HARI TIBA2 BERUBAH REDUP SEJUK...
JIKA TADI KULIHAT PASIRAN KERING TANPA APA...
KINI,AKU LIHAT TANAH SUBUR MENGHIJAU
BUAH-BUAHAN RANUM..SESEKALI PERUT BERKERONCONG BERZANJI
SUNGAI NYA PUTIH....SUSUKAH?BIAR BENAR FIKIRKU....
AKHIRNYA SI TUA BERHENTI
'TURUN,PERGILAH KAMU....
AKHIR TERBANG PERGI...
HANTUKAH ORANG TUA INI....
SESEKALI AKU MENGOSOK MATA TIDAK PERCAYA...
DICUBIT PEHA KIRI,PEHA KANAN KU BERASA SAKIT....
DICUBIT PEHA KANAN,PEHA KIRI BERASA SAKIT....
BIAR BENAR....AH!LANTAK LAH....
AKU BERJALAN PERLAHAN ATAS RUMPUT LEMBAP MENHIJAU....
KU SEDUT DALAM2 UDARA SEGAR...BAU BUAHAN RANUM BERCAMPUR2...
POKOK2 SEKELILINGKU SEMUA BESAR2...UDARA SEJUK MENCENGKAM SEHINGGA TULANG HITAM...
BARUKU SEDAR KAIN KU SUDAH HILANG,DAN SEKARANG AKU B***L DALAM HUTAN...
TAPI,LANTAKLAH.....BADAN AKU PUN SUDAH BERTENAGA,TEGAP SASA....BAGAI TIDAK PERCAYA,KALAU BIDADARI NAMPAK PUN TIDAK APA....TERSENYUM SENDIRIAN
AKU BERJALAN-JALAN SAMBIL MEMERHATI SEKITAR..
WAH.BUAH ITU NAMPAK RANUM...BAIK AKU AMBIL....SEBELUM IA BURUK...
TAPI,TERLALU TINGGI UNTUK KU CAPAI....BAGAIMANA YA...
AKU AMBIL SEKETUL BATU YANG BESAR DAN AKU LAGAKAN PADA BATU YANG LEBIH BESAR....AKHIRNYA BATU YANG LEBIH BESAR ITU YANG PECAH...HAIRAN....
TAPI...LANTAKLAH....KUAT SANGAT AKU LAGAKAN TADI....UJAR KU...
DILEMPAR BERKALI2 MASIH TIDAK KENA...BERGOYANG PUN TIDAK BUAH ITU...KECEWA.....
TIBA2.....

CHAPTER 3