Monday, December 26, 2011

Di Bius Cinta PART II


Petikan dari Buku AKU TERIMA NIKAHNYA



Bagi pasangan yang berumah tangga setahun dua yang pertama biasanya indah dan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Isteri pula mula tertekan dengan sikap sebenar suaminya.
Apa yang berlaku, mungkin pada awalnya perkahwinan sikap romantik itu kuat mendominasi rumah tangga. 
ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri fokus pada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak yang kedua fokus itu perlu diubah lagi.

Tidak perlu gusar, kerana itu adalah lumrah hidup berkeluarga. Berbanding hubungan pasangan yang belum "rasmi" pertalian antara suami dan isteri masih selamat. Kerana hubungan itu berada dalam perkahwinan bukan di luar.

Hubungan di luar lingkung perkahwinan diantara pasangan yang terbentuk  di sekolah menengah atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun mereka masih belum berumah tangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja... betul kan?

Tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Komitmen atas angin yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan sering berakhir oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.

Petikan ini pula membuat aku terfikir....

Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara
1. kerana hartanya
2. kerana keturunanya
3. kerana kecantikannya
4. kerana agamanya
maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahteralah hidup

aku lebih berminat untuk mengulas untuk perkara yg ke-3 dan ke-4

KECANTIKAN

Orang kata dari mata turun ke hati. Maka penilai yang pertama adalah mata...
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan.
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang seleapas cantik dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukanlah matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.



AGAMA

3 golongan dalam beragama iaitu:

1. Golongan TAHU
2. Golongan MAHU
3. Golongan MAMPU

TAHU 

- Sejauh mana gred A yang digarap dalam subjek Pendidikan Islam menjadi bekal dan perisai dalam kebahagaian sesebuah perkahwinan.

MAHU
- Yamg memiliki agama itu lebih luas daripada sekadar tahu agama. dan mahu jadikan agama itu sebagai sumber peghayatan

MAMPU
- Sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.




Sekian kalian,


fikir-fikirkan lah apa yang terbaik untuk diri kalian dalam memutuskan sesuatu hal berkenaan sesuatu-ace@


Sunday, December 25, 2011

Di Bius Cinta (petikan dari AKU TERIMA NIKAHNYA)


 Assalamualaikum w.b.t kepada sekalian insan yang membaca artikel ini.


Artikel ini  bertujuan untuk memberikan kesedaran pada insan yang sedang mabuk cinta tidak kira siapa pun anda termasuk pelajar saya sendiri. Fenomena atau perasaan gila dan buta cinta yang mana kebanyakan remaja sekarang dan dulu alami. Cinta itu selalu diibaratkan seperti madu. Tetapi harus diingat jangan dibiarkan madu itu bertukar menjadi racun yang akan memakan diri dan jiwa hati sendiri.

Panahan cinta boleh membuatkan seseorang buta malah melumpuhkan mereka yang terkena panahan.
Firman Allah S.W.T:

" Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir." 
( AR-RUM 30:21)

Manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan dirinya. Keinginan yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh sehingga terangkat segala rasa malu yang selama ini. Sehinggakan sanggup tidak mengendahkan teguran mereka sekeliling. Bius cinta telah menyebabkan mereka kebal dari segala teguran.

Petikan yang terbaik dari buku ini adalah " perkahwinan bukanlah semata-mata untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Penting untuk beringat bahawa perkahwinan itu bukan perkara sehari dua.

Bagi mereka yang kini sedang bercinta bermadu kasih.
( seperti yang diambil dari buku " AKU TERIMA NIKAHNYA")



" Saya pernah berkongsi nasihat bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ringan-ringan sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina. 
Kecurigaan menyebabkan  jiwa gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri turut berprasangka sama. Akhirnya rumah tangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh...Jadi sebelum sesuatu jagan lakukan sesuatu...

Kebanyakan pelajarku banyak yang terjebak dengan bius cinta sia-sia. Acapkali juga menegur kerana....CINTA KECIL. 

"banyak pasangan yang sudah terlalu lama mengikat hubungan, tetapi lambat menuju perkahwinan..akhirnya kecundang di tengah jalan kerana cinta kecil ini.

Cinta kecil adalah kekeliruan perasaan yang terbit daripada keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dariapada asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Cinta kecil ini hanyalah sekadar melayan gangguan emosi yang sunyi. Tetapi tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.

CINTA ITU - TERBIT DARI EMOSI DAN NALURI FITRAH MANUSIA BERSANDARKAN PADA RASIONAL DAN SEDAR DIRI TERHADAP CINTA ITU, TANGGUNGJAWAB YANG MENGITINGI CINTA ITU, SERTA KESAN YANG BAKAL LAHIR DARIPADA MEMATERIALISASIKAN PERASAAN CINTA SEPERTI ITU.....




akan bersambung.....