Wednesday, June 8, 2011

Tour In JB! (part 1)


       Semalam aku selamat sampai di JB...perjalanan aku selama 8 jam agak memenatkan sebab aku dah 2 tahun tak pergi jb selepas habis degree ari tue......perjalanan agak membosankan sebab penumpang xramai so, aku banyak tido jer sepanjang perjalanan( memang kerja aku) haha...bus macam biasa berhenti kat Sri Putri dalam kul 6.30 dengan cuaca yang lembap(sbb bru lepas hujan)..
     aku dijemput oleh Bro Azmeer...laki paling macho di muka bumi ini..dengan kereta Honda Insight hitam yang baru diambil sebulan lepas( macho la lu mamat!) haha
     Lepas rehat kejap kat rumah bro azmeer kami p jalan2 dalam UTM...aku lak follow jer sebab akau memang nak tengok suasana Utm di waktu malam....ader la beberapa perubahan dalam UTM nie...macam Fakulti Alam Bina dah berubah...dulu masih dalam pembinaan masa aku habis belajar hari tue...tapi sekarang main building depa dah tersergam indah..
      Duk seronok usha kawasan sekeliling aku pun sampai ke blok k22 dlu aku duduk di blok k11 Kolej Tun Razak selama 4 tahun..aku pun tak tahu bro azmeer nak bawak ke mana aku nie...aku follow jer...macam saleh yaacob ckap ' i follow'...haha
rupa-rupanya disebabkan sekarang cuti semester..pelajar asing akan ditempatkan di kolej dalam...jadi aku pun berkenalan dengan kawan dari Turki dan Nigeria... Iaitu Ismaila( 40++age) Ilmas(26++ age) dan mereka berdua pelajar phd bersama2 bro azmerr..aku lak tahun depan kot...borak ngan dowang memeang seronok...sampai xsedaq dah kul 12.30 mlm...disebabkan mata aku ngn bro azmeer nie dah berat dan mula nak merah,aku minta diri dulu la...
balik jer masing2 dah terbongkang atas katil... 


No comments:

Post a Comment