Friday, August 5, 2011

AKU SEORANG GURU


I
"MA, Piyan dapat mengajar kat Pahang la, alhamdulillah syukurnya." Aku memandang Mama seperti tidak percaya...senyuman terukir diwajah separuh abad itu...aku tersenyum hampir menangis. Akhirnya debaran yang selama ini aku rasa sudah berhenti.Tenang.Dalam dua minggu lagi bermulalah perjalanan hidup aku sebagai orang yang berkerjaya sebagai cikgu.Yer aku seorang Cikgu.




          Masa di U dulu, aku belajar dalam kos Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia) di sebuah universiti di selatan tanah air. Dalam kelas itu,hanya aku seorang pelajar lelaki (mahasiswa)...33 orang pelajar perempuan (mahasiswi). Can u believe that?! dan selama 4 tahun macam itulah keadaannya. Sehinggakan aku pernah "bet" dengan seorang kawan aku semasa mula2 daftar dulu, dia cakap " Kalau kau mampu habiskan degree nie,dan kau xjadi sotong aku akan belanja kau makan sebulan." Bulat mata aku sekejap sebab tidak pernah sekali pun terfikir nak jadi sotong...euwww...hahaha...
Sepanjang hendak habiskan degree untuk bergelar sebagai seorang cikgu, macam-macam dugaan berlaku ada tangis gembira,ada tangis sedih,penat,malas, ada juga perasaan kosong kekadang...hahaha...
Akhirnya, pada bulan 6 2009 aku berjaya juga memegang segulung ijazah....selepas aku bayar hutang tertunggak sebab hilangkan buku yang aku pinjam di library...hehe (buku spectroscopy)...



II
3 bulan selepas grade,keputusan untuk tempat mengajar pun keluar dan pemohon boleh tahu keputusan melalui panggilan telefon....
Selepas tahu tempat untuk aku posting dan setelah menerima surat penempatan beberapa hari selepas itu, aku bersama papa dan mama bersama adik perempuan dan seorang pemandu (sebab xkenal jalan) bertolak ke Pahang awal-awal pagi..
     Hari pendaftaran penerimaan penempatan tue,aku berpakaian kemas lah...tie,kasut hitam kemaja....rimas sebab mana pernah pakai macm itu lainlah kalau pelajar di UPSI sebab mereka memang diwajibkan berpakaian seperti itu setiap hari...aku mana pernah di U dulu...
Majlis tamat pukul 12.30 t/hari...dan daerah yang aku kena mengajar adalah M*****. Getus hati aku " alamak mana pulak tempat tu,xpernah dengar pun." Mama dah risau..aku lagilah tempat tinggal aku untuk bertahun2 kot. Macam-macam ada dalam kepala mungkin tempat tue kna naik bot,xda elektrik,pedalaman...driver cakap dah nak samapai dah tapi sekeliling aku tengok perkampungan cina sahaja...alamak!tempat macam nie ke aku nak tinggal...habislah....tiba-tiba aku nampak sign board bertulis M*****. Suasana tiba-tiba berubah....ada bangunan besar-besar berbeza dengan perkampungan yang aku nampak tadi...dan aku ada nampak ada 7-Eleven...wah aku duduk dalam bandar utama la....lega hati...fuhh..hehehe

p/s sambungan nanti pulak kalau ramai yang minat nak tahu.....
salam
comment and leave ur link ok...:)

5 comments:

  1. ko kena cite 2org cikgu hensem yg ko jumpa 1st day posting dulu..kalau xdak cite ko xbest..

    ReplyDelete
  2. nk kna smbung la nie...nnt aku citer
    hahaha

    ReplyDelete
  3. wah.bestnya.
    Tahniah... all the best cikgu. ^^

    ReplyDelete