Petikan dari Buku AKU TERIMA NIKAHNYA
Bagi pasangan yang berumah tangga setahun dua yang pertama biasanya indah dan ditambah lagi dengan kehadiran cahaya mata penyeri rumah tangga. Tetapi apabila masuk tahun ketiga dan keempat, hubungan suami isteri akan teruji. Mudah terjadi, suami mula mudah marah terhadap isteri. Isteri pula mula tertekan dengan sikap sebenar suaminya.
Apa yang berlaku, mungkin pada awalnya perkahwinan sikap romantik itu kuat mendominasi rumah tangga.
ketika itu suami fokus kepada isteri dan isteri fokus pada suami. Tetapi ketika munculnya anak pertama, kedua-duanya beralih fokus kepada anak dan selepas muncul anak yang kedua fokus itu perlu diubah lagi.
Tidak perlu gusar, kerana itu adalah lumrah hidup berkeluarga. Berbanding hubungan pasangan yang belum "rasmi" pertalian antara suami dan isteri masih selamat. Kerana hubungan itu berada dalam perkahwinan bukan di luar.
Hubungan di luar lingkung perkahwinan diantara pasangan yang terbentuk di sekolah menengah atau di matrikulasi, tetapi selepas tiga atau empat tahun mereka masih belum berumah tangga, hubungan mereka akan melalui proses yang sama. Malangnya berlaku di luar perkahwinan. Cinta jadi derita, tiba-tiba sahaja satu perasaan yang pelik datang, dan dengan mudah, mereka akan memutuskan hubungan tersebut. Jemu, itu sahaja... betul kan?
Tidak perlu memulakan hubungan jika dalam jangka masa terdekat tiada kemungkinan untuk perhubungan itu dinaik taraf menjadi perkahwinan. Komitmen atas angin yang tidak disegerakan kepada sebuah perkahwinan sering berakhir oleh emosi yang saya terjemahkan ia sebagai JEMU.
Petikan ini pula membuat aku terfikir....
Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara
1. kerana hartanya
2. kerana keturunanya
3. kerana kecantikannya
4. kerana agamanya
maka pilihlah yang memiliki agama nescaya sejahteralah hidup
aku lebih berminat untuk mengulas untuk perkara yg ke-3 dan ke-4
KECANTIKAN
Orang kata dari mata turun ke hati. Maka penilai yang pertama adalah mata...
Tetapi selama mana kecantikan menyenangkan kehidupan.
Kecantikan, biar secantik mana pun, akan pudar dengan perjalanan masa
Mahu berkahwin sementara cantik, dan buang seleapas cantik dimamah usia?
Cantik bukan sumber bahagia, ia bukanlah matlamat atau pertimbangan utama dalam menentukan pemilihan pasangan.
AGAMA
3 golongan dalam beragama iaitu:
1. Golongan TAHU
2. Golongan MAHU
3. Golongan MAMPU
TAHU
- Sejauh mana gred A yang digarap dalam subjek Pendidikan Islam menjadi bekal dan perisai dalam kebahagaian sesebuah perkahwinan.
MAHU
- Yamg memiliki agama itu lebih luas daripada sekadar tahu agama. dan mahu jadikan agama itu sebagai sumber peghayatan
MAMPU
- Sentiasa bermujahadah untuk memperbaiki diri.
Sekian kalian,
fikir-fikirkan lah apa yang terbaik untuk diri kalian dalam memutuskan sesuatu hal berkenaan sesuatu-ace@
No comments:
Post a Comment