Assalamualaikum w.b.t kepada sekalian insan yang membaca artikel ini.
Artikel ini bertujuan untuk memberikan kesedaran pada insan yang sedang mabuk cinta tidak kira siapa pun anda termasuk pelajar saya sendiri. Fenomena atau perasaan gila dan buta cinta yang mana kebanyakan remaja sekarang dan dulu alami. Cinta itu selalu diibaratkan seperti madu. Tetapi harus diingat jangan dibiarkan madu itu bertukar menjadi racun yang akan memakan diri dan jiwa hati sendiri.
Panahan cinta boleh membuatkan seseorang buta malah melumpuhkan mereka yang terkena panahan.
Firman Allah S.W.T:
" Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikannya di antara kamu ( suami isteri ) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesunguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan ( yang menimbulkan kesedaran ) bagi orang-orang yang berfikir."
( AR-RUM 30:21)
Manusia yang dibius cinta, sudah hilang pertimbangan dirinya. Keinginan yang membuta tuli itu menyelinap masuk ke seluruh tubuh sehingga terangkat segala rasa malu yang selama ini. Sehinggakan sanggup tidak mengendahkan teguran mereka sekeliling. Bius cinta telah menyebabkan mereka kebal dari segala teguran.
Petikan yang terbaik dari buku ini adalah " perkahwinan bukanlah semata-mata untuk menghalalkan apa yang tidak dihalalkan sebelumnya. Perkahwinan adalah kombinasi cinta, perasaan, keinginan dan tanggungjawab. Penting untuk beringat bahawa perkahwinan itu bukan perkara sehari dua.
Bagi mereka yang kini sedang bercinta bermadu kasih.
( seperti yang diambil dari buku " AKU TERIMA NIKAHNYA")
" Saya pernah berkongsi nasihat bahawa jika mereka yang bercouple dan buat ringan-ringan sebelum berumah tangga akan menghadapi kesannya pada masa hadapan. Apatah lagi jika terjebak ke kancah zina.
Kecurigaan menyebabkan jiwa gelisah setiap kali meninggalkan isteri di rumah. Manakala si isteri turut berprasangka sama. Akhirnya rumah tangga itu penuh dengan syak wasangka dan pantang ada yang mencuit, pasti berbalas tuduh menuduh...Jadi sebelum sesuatu jagan lakukan sesuatu...
Kebanyakan pelajarku banyak yang terjebak dengan bius cinta sia-sia. Acapkali juga menegur kerana....CINTA KECIL.
"banyak pasangan yang sudah terlalu lama mengikat hubungan, tetapi lambat menuju perkahwinan..akhirnya kecundang di tengah jalan kerana cinta kecil ini.
Cinta kecil adalah kekeliruan perasaan yang terbit daripada keinginan untuk diberi perhatian, mahu dikasihi dan mengasihi, emosi yang kosong dariapada asas, matlamat dan kesedaran terhadap implikasi cinta jenis ini. Cinta kecil ini hanyalah sekadar melayan gangguan emosi yang sunyi. Tetapi tanpa sedar kedua-duanya sedang merancang untuk saling merosakkan antara satu sama lain.
CINTA ITU - TERBIT DARI EMOSI DAN NALURI FITRAH MANUSIA BERSANDARKAN PADA RASIONAL DAN SEDAR DIRI TERHADAP CINTA ITU, TANGGUNGJAWAB YANG MENGITINGI CINTA ITU, SERTA KESAN YANG BAKAL LAHIR DARIPADA MEMATERIALISASIKAN PERASAAN CINTA SEPERTI ITU.....
akan bersambung.....
akan bersambung.....
No comments:
Post a Comment