Saturday, July 9, 2011

Melech Yacov-Ultra Ortodoks Jewish Convert To Islam

Contoh Pakaian Yahudi ultra ortodoks


Melech Yacov dilahirkan di New York,Amerika Syarikat dalam keluarga yang sederhana pegangan agamanya. Merupakan seorang Yahudi yang bermazhab Chasid atau ultra Ortodoks.Orang Yahudi ultra Ortodoks ini boleh dikenali melalui pkaian mereka; sut dan topi serba hitam,berjanggut serta berjambang panjang.
   Saya bertanya:Apakah sebenarnya seorang Yahudi?Apakah Judaisme satu budaya,satu bangsa atau satu agama?Jika ia satu bangsa,bagaimana Yahudi boleh menjadi warganegara kepada dua negara?Jika Judaisme adalah satu agama, mengapa bacaan doanya di dalam bahasa Ibrani, doa untuk Eretz Israel dan perlu pula mengamalkan ritual-ritual bersifat oriental?Jika Judaisme hanyalah suatu budaya bukankah seseorang bukan lagi seorang Yahudi jika dia tidak lagi bertutur dalam bahasa Ibrani dan berhenti mengamalkan adat-adat Yahudi. Jika seseorang Yahudi adalah seseorang yang mematuhi perintah-perintah Taurat,mengapa Nabi Ibrahim digelar nabi pertama sedangkan hidup sebelum Taurat diturunkan kepada Nabi Musa?Malah Taurat pun tidak menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah seorang Yahudi. Perkataan Yahudi berasal daripada nama salah seorang daripada 12 anak Nabi Yaakob, iaitu Judah.Yahudi tidak digelar Yahudi sehinggalah kerajaan beraja Judah ditubuhkan selepas Nabi Sulaiman.Mengikut tradisi, seseorang diakui Yahudi mengikut susur galur ibunya. Jadi masih dianggap seseorang seseorang yahudi jika mengamalkan Kristianiti atau ateisme.
   Selepas peristiwa 11 September, propaganda anti-Islam di media meningkat. Dari awal lagi saya menyedari bahawa semua itu adalah pembohongan dan berpendapat siaran media lazimnya menjaga kepentingan golongan yang mengawal media itu.Apabila saya menyedari golongan yang paling giat menyerang islam adalah golongan fundamentalis Barat,saya kian berminat dengan islam.
    Selepas 5 bula saya membuat kajian, saya mengucap syahadah dan menjadi seorang muslim...

p/s:Alhamdulillah,Maha Suci Allah

No comments:

Post a Comment